Thursday 29 January 2015

13 Cara Membakar Lemak Dengan Mudah

Alhamdulillah, sempat lagi saya update blog hari ni, saya nak share sedikit tips ringkas makanan yang membantu kita semua membakar lemak. Ingat ye, nak bakar lemak bukan je tak makan, tapi paling bagus ialah MAKAN, tapi bukan makan ayam KFC, tapi makanlah makanan yang berkhasiat seperti di bawah







1. Bawang Putih

Mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolesterol dan lemak yang tidak sihat. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.




2. Epal

Mengandungi bahan kimia dipanggil ‘pectin’ yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.




3. Kacang soya

Mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.




4. Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon

Mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.




5. Asparagus

Mengandungi kimia ‘asparagin’. Ia sejenis ‘alkaloid’ yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.




6. Tauge

Sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.




7. Lobak merah

Mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.




8. Seleri

Mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.




9. Timun

Mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.






10.Tomato

Tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan.





11. Teh hijau

Mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap ‘plasma triglycerides’ dan membakar lemak.






12. Kobis

Makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.





13. Oat

Membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.




sumber:http://dietdietsihat.blogspot.com/2012/10/makanan-yang-membakar-lemak.html

0 comments:

Post a Comment